
MAJLIS SAMBUTAN KRISMAS MAFFI 2025
Sambutan Krismas Peringkat Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) Tahun 2025 anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah bertempat di Dewan Serbaguna, Wisma Pertanian Sabah. Majlis turut diserikan dengan pertandingan gerai tercantik dan sumbangan hadiah daripada Lembaga Industri Getah Sabah serta YB Datuk Haji Jamawi Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Sebanyak 9 agensi dibawah MAFFI telah menyertai majlis ini, iaitu: 1. Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah 2. Lembaga Padi dan Beras Sabah 3. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah 4. Lembaga Industri Getah Sabah 5. Jabatan Pengairan dan Saliran 6. Korporasi Pembangunan Desa 7. Jabatan Pertanian 8. Jabatan Perikanan 9. Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah Majlis ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara jabatan dan agensi di bawah MAFFI, malah ianya turut mencerminkan semangat perpaduan serta keharmonian dalam kalangan warga perkhidmatan awam Negeri Sabah.
