Kembali ke Berita

18 Disember 2025
MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) 2025
Majlis Penyerahan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Kepada Pekebun Kecil Getah Negeri Sabah) Tenom, 18 Disember 2025 - Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah Negeri Sabah bertempat di Dewan Seri Panglima Antanom, Tenom. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Jamawi Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah. Seramai 150 orang pekebun kecil getah di daerah Tenom menerima manfaat menerusi Majlis Penyerahan Bantuan Musin Tengkujuh (BMT) 2025. Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah melalui LIGS dalam menjaga kebajikan pekebun kecil getah serta memperkukuh kelangsungan industri getah negeri.