
Excellent Success of the LIGS Team at MAKSPEN XV 2025
Kontinjen Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) sekali lagi membuktikan kemampuan apabila mencatat pencapaian membanggakan dalam Majlis Sukan dan Kebudayaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (MAKSPEN XV 2025) yang berlangsung dari 21 hingga 26 Oktober 2025. Acara ini dianjurkan bersama oleh KKDW dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dengan penyertaan ratusan atlet daripada pelbagai agensi di seluruh negara. Pasukan Badminton LIGS tampil dengan semangat juang tinggi, menewaskan lawan demi lawan dengan keputusan yang luar biasa. Bermula di Kumpulan C, LIGS menumpaskan pasukan FELCRA (4–1), KKDW (5–0) dan KEDA (4–1). Momentum kemenangan diteruskan apabila LIGS menewaskan KEJORA (3–1) di Suku Akhir, kemudian FELCRA (3–0) di Separuh Akhir. Kemuncak kejayaan dicapai apabila pasukan Badminton LIGS menumpaskan MARA (3–1) di Perlawanan Akhir, sekali gus dinobatkan sebagai JUARA MAKSPEN XV 2025. Kemenangan ini mengukuhkan reputasi LIGS sebagai antara pasukan paling konsisten dalam sejarah MAKSPEN selepas meraih pingat gangsa pada tahun 2023. Tidak kurang hebatnya, pasukan Dart LIGS turut menampilkan prestasi mantap sepanjang kejohanan. Di peringkat kumpulan, LIGS mencatat kemenangan berturut turut menewaskan KESEDAR (7–6), KETENGAH (7–4), dan SALCRA (8–3). Meneruskan kecemerlangan di peringkat Suku Akhir, LIGS mengatasi KETENGAH (5–0) sebelum tewas tipis 5–6 kepada RISDA di Separuh Akhir. Dalam penentuan tempat ke-3 dan ke-4, LIGS bangkit semula menewaskan KKDW (6–4) untuk menamatkan saingan di tempat ke-3 keseluruhan. Kejayaan pasukan LIGS dalam MAKSPEN XV 2025 membuktikan semangat perpaduan, disiplin dan kesungguhan tinggi warga kerja LIGS dalam membawa nama Sabah ke peringkat kebangsaan. Ia juga mencerminkan nilai korporat LIGS yang berteraskan 'Bersukan, Berpasukan, Berjaya', selaras dengan aspirasi organisasi untuk membina warga kerja yang aktif, sihat dan berdaya saing. Pasukan LIGS akan bertanding dalam sukan E-Sport bagi acara Mobile Legend pada hari terakhir kejohanan. Pasukan ini juga diharap akan melakar sejarah bagi mengiring pasukan Badminton dan pasukan Dart yang telah membuktikan kejayaan mereka. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua atlet, jurulatih dan pegawai pengiring atas kejayaan gemilang ini! LIGS LUAR BIASA


