
PERTANDINGAN KOIR SIMFONI INTEGRITI SEMPENA PELAKSANAAN VARSHA INTEGRITI 2025
Pertandingan Koir Simfoni Integriti Sempena Pelaksanaan Varsha Integriti 2025 telah diadakan di Dewan Auditorium Menara Kinabalu pada hari ini 29 September 2025. Pertandingan ini menghimpunkan sebanyak 10 kumpulan koir daripada beberapa Kementerian dan 9 kumpulan koir daripada Jabatan Ketua Menteri. Pertandingan ini bertujuan untuk memupukkan kerja sama erat dan kerja berpasukan dikalangan penjawatan awam. Budaya integriti , tatakelola yang baik hanya dapat dipupuk melalui kalobrasi, kesepaduan dan komitmen bersama. Pertandingan ini merupakan anjuran bersama Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dengan Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah (BiGons). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Norlijah binti Hj. Danin. Beliau menyeru agar kakitangan awam Negeri Sabah sentiasa menjaga tatakelola yang baik kerana ianya merupakan kunci kemajuan Negara dan Negeri. Tatakelola yang berasaskan integriti, keterbukaan, akauntabiliti dan kecekapan merupakan asas kepada pentadbiran yang berwibawa. Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah YB Datuk Seri Panglima Sr. Hj. Safar bin Untong pada 30 September 2025. Dalam majlis tersebut, Bagi kategori Jabatan Ketua Menteri, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan muncul sebagai juara. Jabatan Tanah dan Ukur Negeri pula menduduki tempat kedua diikuti Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di tempat ketiga. Tempat keempat Jabatan Audit Dalam Negeri Sabah dan tempat kelima Bahagian Pengurusan Kewangan. Juara bagi Kategori Kementerian telah dinobatkan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR), tempat kedua Kementerian Kewangan Negeri (MOF), tempat ketiga Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, tempat keempat Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah dan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) yang diwakili Kumpulan Koir daripada Lembaga Industri Getah Sabah telah mendapat tempat ke-5. Syabas dan tahniah kepada semua ahli Kumpulan Koir LIGS.

