
KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG 2025 (KMJG)
Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025 secara rasminya telah bermula pada 1 Ogos 2025 dan hari ini merupakan hari pertama perjalanan konvoi tersebut.Program ini diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah, yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) turut mengambil bahagian dalam konvoi ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat, khususnya melalui kempen Kibarkan Jalur Gemilang. Jelajah ini melibatkan perjalanan merentasi 75 lokasi (checkpoint) di seluruh negeri Sabah, dengan pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti di setiap hentian yang bertujuan untuk memupuk semangat cintakan tanah air serta memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini Inisiatif KMJG ini bukan sekadar simbolik, tetapi juga satu usaha mengukuhkan perpaduan rakyat pelbagai kaum dan latar belakang di Sabah, sejajar dengan tema Hari Kebangsaan tahun 2025 ini: "MALAYSIA MADANI: Rakyat Disantuni".

