Berita Terkini

Kembali ke Berita
12 Mac 2026

MAJLIS AMANAT PENGURUS BESAR LIGS 2026

KOTA KINABALU - Bertempat di Dewan Serbaguna MAFI , Majlis Amanat Tahun 2026 oleh Pengurus Besar LIGS telah berlangsung dengan jayanya. Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas daripada para Timbalan Pengurus Besar sebelum Pengurus Besar menyampaikan ucapan amanat beliau. Antara intipati ucapan YBhg. Pengurus Besar LIGS (Ts Sabdil Bin Tanjong), beliau menekankan kepentingan kerja berpasukan dan nilai kebersamaan antara pihak Pengurusan dan kakitangan LIGS. Ini dizahirkan melalui pencapaian LIGS pada hari ini adalah hasil daripada semangat kerja berpasukan yang diamalkan oleh kakitangan LIGS. Beliau menyeru agar semua kakitangan berganding bahu mengekalkan prestasi cemerlang LIGS dan meningkatkan produktiviti kerja ke arah kesejahteraan pekebun kecil getah dan kakitangan. Pengurusan sangat menghargai sumbangan daripada para kakitangan LIGS tanpa mengabaikan kebajikan kakitangan di semua peringkat. Pengurus Besar turut menekankan betapa pentingnya budaya pembelajaran sepanjang hayat di kalangan kakitangan. Untuk meningkatkan prestasi LIGS, kakitangan perlu sentiasa meningkatkan ilmu bagi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan disetiap bidang kerja masing-masing. Akhir sekali Pengurus Besar berkongsi pepatah "Ikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk" kepada kakitangan agar bersikap bersederhana dan merendah diri dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pekebun kecil. Majlis dihadiri oleh seramai 271 orang kakitangan LIGS dan kakitangan anak syarikat LIGS dari seluruh daerah di Sabah. Pengurus Besar turut merasmikan Pelancaran Bank Sumbangan Linen LIGS pada akhir majlis tersebut.