Kembali ke Berita

30 April 2026
PENYERAHAN KIT INISIATIF KEBUN DAPUR LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH
KOTA KINABALU - Telah berlangsung penyerahan Kit Inisiatif Kebun Dapur berupa sulur nanas MD2 kepada para Ahli Dewan Undangan Negeri. Penyerahan ini berlangsung pada hari terakhir Persidangan Dewan Undangan Negeri Sesi Pertama 2026 yang telah disampaikan oleh YB Menteri MAFFI. Penyerahan ini merupakan simbolik kepada promosi Inisiatif Kebun Dapur yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI). Turut serta penyerahan Kit Inisiatif Kebun Dapur daripada Agensi-agensi lain di bawah MAFFI yang terdiri daripada benih padi, sayuran dan anak ayam.

