|
Hubungi KamiMaklum BalasPeta LamanAdmin
LIGS - Lembaga Industri Getah Sabah
UtamaPerkhidmatanPencapaianSudut IntegritiKelab Sukan

Berita Terkini

Kembali ke Berita
3 Ogos 2026

KUNJUNGAN HORMAT AHLI LEMBAGA PENGARAH DAN PENGURUSAN TERTINGGI LIGS KE PEJABAT KETUA MENTERI SABAH

KOTA KINABALU – Ahli Lembaga Pengarah bersama Barisan Pengurusan Tertinggi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji bin Hj. Noor, di Menara Kinabalu. Kunjungan hormat ini diadakan sebagai tanda penghormatan serta bagi memperkukuhkan hubungan sedia ada dengan pemimpin tertinggi Negeri Sabah. Rombongan LIGS diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Panglima Jahid Jahim, Pengerusi LIGS, bersama Ahli Lembaga Pengarah LIGS yang lain. Turut mewakili Pengurusan LIGS ialah Tuan Ts. Sabdil bin Tanjong, Pengurus Besar Lembaga Industri Getah Sabah, serta Timbalan-Timbalan Pengurus Besar. Dalam pertemuan yang penuh bersejarah ini, pihak LIGS berkesempatan berkongsi aspirasi organisasi menerusi Pelan Hala Tuju LIGS yang memberi fokus kepada peningkatan pendapatan pekebun kecil getah melalui beberapa pendekatan yang telah dirancang bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi pekebun kecil getah. YAB Ketua Menteri Sabah turut menyatakan sokongan terhadap usaha-usaha yang dilaksanakan oleh LIGS dalam memperkukuhkan pembangunan industri getah serta menggalakkan penghasilan produk bernilai tambah yang memberi impak kepada kesejahteraan pekebun kecil getah. Sebagai tanda penghargaan, Pengerusi LIGS telah menyampaikan cenderamata kepada YAB Ketua Menteri Sabah berupa produk hiliran getah berjenama "LUMI", iaitu bantal keluaran LIGS yang dihasilkan daripada getah asli Sabah.

LIGS - Lembaga Industri Getah Sabah

"Industri Getah Memacu Gemilang"

Maklumat Hubungan

Aras 3, Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik, Luyang, 88999 Kota Kinabalu, Sabah
088-212311
gm.getah@sabah.gov.my

Tentang Kami

Mengenai LIGSVisi & MisiCarta OrganisasiDirektoriHubungi KamiMaklum Balas

Pautan Pantas

TenderPeta LamanKalendar AktivitiPencapaian

Dasar & Notis

PrivasiDasar KeselamatanPenafianNotis Hak Cipta

Ikuti Kami

Ikuti media sosial kami untuk berita dan kemas kini terkini.

© 2026 Lembaga Industri Getah Sabah. Hak cipta terpelihara.