LAWATAN AHLI LEMBAGA PENGARAH LIGS
SIPITANG - Berlangsungnya Lawatan Ahli Lembaga Pengarah LIGS di Daerah Sipitang. YBhg Datuk Seri Panglima Jahid Jahim selaku Pengerusi LIGS serta Ahli Lembaga LIGS yang lain berkesempatan mengunjungi beberapa Unit LIGS yang terdapat di Daerah Sipitang. Antara kawasan yang dilawati ialah Skim Penempatan Getah Mendulong, Unit Kemajuan Pekebun Kecil Sipitang, Unit Pembelian Getah Sipitang dan Unit Penguatkuasaan Sempadan Sindumin. Dalam lawatan pada kali ini, Semua Ahli Lembaga Pengarah LIGS berkesempatan mendengar sesi taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Skim/Penguasa setiap unit yang diadakan di Pejabat Skim Penempatan Getah Mendulong. Sesi lawatan seterusnya diteruskan dengan melawat kawasan blok penanaman getah Skim, UKPK dan Pemeriksaan di Unit Penguatkuasaan Sempadan LIGS, Sindumin. Turut serta bagi sesi lawatan ini ialah Tuan Ts. Sabdil Bin Tanjong Pengurus Besar LIGS serta Timbalan-timbalan Pengurus Besar. Di akhir lawatan ini, Ahli Lembaga Pengarah LIGS berkesempatan melawat Kilang Pemprosesan Bantal Latex LIGS yang terletak di Kilang Latex Beaufort.