|
Hubungi KamiMaklum BalasPeta LamanAdmin
LIGS - Lembaga Industri Getah Sabah
UtamaPerkhidmatanPencapaianSudut IntegritiKelab Sukan

Berita Terkini

Kembali ke Berita
1 Oktober 2026

PROGRAM JERAYAWARA LIGS DAN BUDI AGRI-KOMODITI MADANI

KOTA BELUD – Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) sekali lagi menganjurkan Program Jerayawara LIGS dan BUDI Agri-Komoditi MADANI bertempat di Dewan Kadamaian Square, Lots Belud. Program yang berlangsung sehari ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 600 orang pekebun kecil getah dari daerah Kota Belud. Program ini bertujuan memberikan penerangan serta bimbingan secara langsung kepada para pekebun kecil, khususnya berkaitan proses pendaftaran BUDI Agri-Komoditi MADANI, tatacara permohonan dan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan. BUDI Agri-Komoditi MADANI merupakan antara usaha Kerajaan dalam membantu golongan petani dan pekebun kecil yang terkesan dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel. Melalui inisiatif ini, penerima yang memenuhi syarat kelayakan berpeluang menerima bantuan tunai sebanyak RM400 sebulan bagi membantu mengurangkan beban kos operasi serta memastikan aktiviti pertanian dan pengeluaran komoditi dapat terus dilaksanakan. Program ini dimulakan dengan ucapan pembukaan program oleh YBhg Tuan Redzuan Haji Awang, Timbalan Pengurus Besar (Unit Pembelian Getah). Turut serta dalam program kali ini ialah Tuan Alexander Irvin Joseph Pegawai Penyelidik Lembaga Getah Malaysia. Program seumpama ini, merupakan usaha berterusan LIGS meningkatkan kualiti peyampaian perkhidmatan kepada para pekebun kecil terutamanya penyaluran maklumat berkaitan bantuan-bantuan yang disediakan oleh LIGS. LIGS sekali lagi menyediakan kaunter pendaftaran BUDI Agri-Komoditi MADANI bagi penduduk Daerah Kota Belud dan sebanyak 576 permohonan telah berjaya didaftarkan dengan jumlah bantuan keseluruhan bernilai RM 230,400 sebulan.

LIGS - Lembaga Industri Getah Sabah

"Industri Getah Memacu Gemilang"

Maklumat Hubungan

Aras 3, Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik, Luyang, 88999 Kota Kinabalu, Sabah
088-212311
gm.getah@sabah.gov.my

Tentang Kami

Mengenai LIGSVisi & MisiCarta OrganisasiDirektoriHubungi KamiMaklum Balas

Pautan Pantas

TenderPeta LamanKalendar AktivitiPencapaian

Dasar & Notis

PrivasiDasar KeselamatanPenafianNotis Hak Cipta

Ikuti Kami

Ikuti media sosial kami untuk berita dan kemas kini terkini.

© 2026 Lembaga Industri Getah Sabah. Hak cipta terpelihara.