MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN SPKLB DAN PENYERAHAN SIJIL PROGRAM PEMASARAN DIGITAL SIRI 2/2024

KENINGAU  - 28 November 2024:  Berlangsungnya Majlis Penyerahan bantuan Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) dan penyerahan sijil bagi peserta Pemasaran Digital Siri 2 – 2024. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengurus Besar LIGS, Tuan Sabdil bin Tanjong. Turut hadir ialah Tuan Alexsius Modiun  merangkap Timbalan Pengurus Besar (SKIM), Tuan. Suhaidi Sabri merangkap wakil pengurusan Lembaga Kemajuan Tabah Negeri Sabah (SLDB), Puan Chia Ching Lian merangkap Timbalan Pengurus Besar (Pemprosesan dan Pemasaran) dan Puan Rehina Daffney Gazim (Penolong Setiausaha bagi tanaman dan infrastruktur MAFFI).

Seramai 20 orang penerima bantuan SPKLB bagi tahun 2024 telah terpilih bagi menerima bantuan berupa peralatan pertanian/perniagaan masing-masing. Bantuan secara one off ini telah mula diperkenalkan sejak tahun 2021 dan memberi manafaat kepada seramai 224 usahawan LIGS dengan nilai bantuan sebanyak RM 986,694.50.

Pada masa yang sama seramai 66 peserta terpilih bagi mengikuti Kursus Pemasaran Digital yang dikendalikan oleh e-Lokal. Kursus ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 27 dan 28 November, Dimana melibatkan seramai 30 orang usahawan LIGS dan 36 orang usahawan SLDB. Kursus ini dijalankan bertujuan bagi memberikan latihan dan pendedahan kepada usahawan LIGS dan SLDB terutamanya berkaitan potensi perniagaan yang melibatkan pengiklanan melalui media sosial dan juga flatform digital yang lain.

Disepanjang program ini berlangsung, terdapat 20 buah lot pameran untuk usahawan  telah disediakan. Usahawan yang berada sekitar Keningau berpeluang untuk mempamerkan serta menjual produk masing-masing. Antara produk yang dipamerkan ialah seperti hasilan kraftangan, produk makanan, bibit buah-buahan dan jualan ikan tilapia.